Sunday, February 21, 2016

Study Abroad - Korea

Assalamualaikum. 
Hello guise. 

Post ni nak share pengalaman apply study kat Korea. Well, I believe ramai student kita yang nak study oversea tak kira la negara mana. This sharing aku rasa akan banyak bantu untuk student yang nak guna agent. Kalau apply guna agent ni tak la semudah macam under MARA/ JPA, diorang ada preparation class sekali (Sorry kalau salah, tak tahu sangat kalau MARA/JPA ni). Kalau agent ni fund kena strong/ ada your own strategy of funding and KENA USAHA! 

So here are the steps :

1. paling penting sekali, you need to know the course/ program that you're going to apply. This is very important!!! Buat la mesyuarat agung dengan family ye. 

2. Find the Universities that offer your course. korang boleh buka Study In Korea untuk kenal pasti U mana yang offer course yang korang nak. tengok elok2 course yang diorang offer because it might differ between each u ; subjects, fee, location. 

3. Contact the agent. I use Gen Education to help me with my application. No worries, they're very nice and helpful. In my case, I was referred to another agent Think Education since I got some problem. Anyway Think Education pon sangat sangat lah bagus. Miss Wendy is the agent who helped me through and just so you know dia sangat lah membantu even aku kata nak withdraw my intention to apply. Ni email dia ; wendy@thinkeducation.com.my

Untuk contact Gen Edu, you can wisit their website and send email to them. Kat website diorang ada chat yang akan online on office hour. 
Explain dekat diorang your intention nak study what course at what U. They will guide you through. 

4. Prepare the documents. The documents yg kita perlu prepare may differ for each country, so aku akan share Docs requirement untuk apply study di Koleaaaa sepertimana yang agent aku minta. you guys boleh tengok dekat Study In Korea juga jika mahu keyakinan. 

a) Identification Card- MyKad
b) 2 copies of student's passport 
c) Certified true copy of relevant academic documents (disahkan) :

i) High School Result of Form 1-5 (report card) ** yang ni sekolah akan bagi biasanya time tamat persekolahan. You guys boleh bawak report card tu and mintak sekolah sediakan transcript result yang disahkan oleh pengetua. Ni pon depend on your school**
PMR & SPM Certificate ** Sijil ye anak-anak, bukan slip/trancript result**
ii) Diploma Full Transcript **Untuk student lepasan Diploma. Macam biasa, minta transcript kat HEA U masing2 -disahkan HEA**
Diploma Certificate with certified true copy/Sijil Diploma. **Untuk student yang belum convo lagi, boleh refer pegawai HEA anda boleh tak nak dapat sijil awal. Kalau UiTM boleh pohon di kampus induk tapi I'm not sure about the procedure. Sebab aku takleh dapat sijil diploma tu awal, so aku bagi surat tamat pengajian from HEA**
iii) Certified true copy of school leaving certificate/ Sijil Tamat Persekolahan. **Mohon tuntut di pejabat sekolah ya**

d) 2pcs passport photo with white background
e) Latest 3 month bank statement (approximately USD15,000, whichever higher subject to admission letter amount) ** Bank statement / copy buku bank parents(with IC copy) or your own. balance yang dia nak tu sebagai fund guaranty. bukan bagi diorang duit ni, diorang nak tengok je amount tu dalam bank kita. According to my agent, kalau satu bank tak cukup, boleh topup dengan bank lain. ohoo bab ni memang payah siket la kalau kita golongan marhaen macam aku ni. Tapi nama pon lagi personal fund kan..**
f) Birth Certicicate / Sijil Kelahiran 
g) RM2,500 handling fee includes VISA **lepas you guys settle bayar handling fee dia akan settlekan application anda**

Lepas settle ni korang tunggu la admission letter from the University. Oh, requirement untuk study di Korea ni perlukan result TOPIK test normally pass level 3 and TOEFL test result. Each University punya requirement berbeza untuk test ni. Kat Malaysia TOPIK test boleh ambil di UKM. 

Untuk Preparation class, kalau student Engineering aku tahu UniKL ada offer class ni. Student Science or Math aku tak pasti. Tapi untuk course rare macam aku ni, memang payah nak cari preparation class so I suggest class at Inter-Cultural Language School . Kat ICLS ni preparation class untuk TOPIK and TOEFL both dia sediakan. 

Oh untuk funding. Korean Government sangat banyak offer scholarship untuk international students. Korang boleh refer links below for further info. 

These were the site that helps a lot :

So tu je la perkongsian I untuk anak-anak semua. I really do hope post ni membantu sebab time aku nak cari info, mostly student under MARA or JPA, so it was a lil bit difficult. 

I am not an expert, ni hanyalah pengalaman. Lagipun belum rezeki aku untuk sampai kat Negara orang, Umie Abah pon sayang sangat kat anak dia ni. hehet. 
Apa-apa pon, untuk adik2 kakak2 brader2 yang nak study abroad ni, my advice is aim untuk dapatkan ilmu tu biar lebih dari aim untuk berada kat negara orang. Bila kita set mind kita macam tu, tak de la kecewa sangat kalau tiba2 Allah kata rezeki kita belum sampai untuk ke sana sebab kita tahu ilmu ni boleh dapat kat mana-mana pon selagi kita usaha dan bersangka baik dengan perancangan Allah. 

Untuk kawan2 readers yang berminat nak ambik course Translation & Interpretation ni kat Malaysia, USM ada offer course ni and kat sana ada banyak bahasa asing offered. Kalau you guys tahu ada U lain yang offer course ni, please tell me on the comment section below. 

So thanks a lot for reading,

Wednesday, February 10, 2016

Who's there?

Assalamualaikum.
Hello guise, Happy Chinese New Year !!

Bila balik cuti kat kampung ni, berkumpul ramai-ramai mesti cerita pengalaman nampak hantu. Pastu mulalah nak balik pegang tangan berderet aje. 
Cuti haritu sedara mara semua balik rehat kat kampung. Biasanya rumah nenek takpun rumah aku  abah yang jadi tempat lepak. Nak jadi cerita, geng anak-anak yang belasan tahun ni datang la lepak rumah abah, bagi ketenangan kat rumah nenek dari keriuhan mereka tu. Sebab diorang datang ramai, diorang jalan kaki je la. 

Alang-alang nak ajak abang sepupu teman ke rumah kawan esok, aku pon jalan kaki la dengan budak-budak ni pergi rumah nenek. Aku pon bodoh jugak tak tunggu abah balik, boleh pergi dengan moto. Memang lah dah biasa, tapi jalan depan rumah tu kiri kanan semak, lampu jalan jauh lagi. 

Baru jalan sekejap, tetiba Mirul pandang belakang, suluh suluh, dia tanya " Siapa kat belakang tu?" aku yang kat belakang ni pandang lah belakang, nampak si Aiman. "Abang awak lah Mirul"
"Eh, tak tak. belakang Along tu" . dalam hati aku dah memacam dah. 
"tak ada apa lah mirul, dah jalan. " pastu boleh dia gelak. Nak kena budak ni. 
"Oh pandai eh Mirul. Ha elok la cakap macam tu, nanti kena betul-betul, akak tak tahu"

tak sampai semenet aku cakap macam tu, dengar suara Mirul " Bismillah... Alif Lam Mim" 
: Mirul 

"Eh kau ni pasang lagu pulak pasang la zikir-zikir" Mirul tegur Alia. 

dah penakut tu penakut la jugak. 

p/s : Cerita mak-mak punya, seram betul, tak main-main. 

Wednesday, February 3, 2016

Lost

Assalamualaikum.
Hello reading creatures.

Jadi penganggur sementara ni, kerjanya duk mereput la kat rumah kan. Bored with my odorless  routine, I decided to take extra classes. Today, I need to sit for a placement test for English class. I know the place but i don't know it (?)... i mean i don't know how to go there.

Takut sesat, aku buka rapid's homepage, looking for the bus routes. cerita panjang dipendekkan, I took the bus after asking the driver about my destination. So selamatlah Syuhada sampai ke kelas tersebut.

Now, I just need to go home. That was the start, my unlucky day. Before I rode the bus, the sign said "Kota Damansara". I was so excited sebab boleh terus sampai rumah. Tak tanya apa pon dengan driver tu, aku naik je. Alah mesti sampai depan rumah punya la kan, So silly of me.

Dengan sabarnya aku duduk je dalam bas tu, belek2 phone, dengar lagu sebab tak nak bagi orang perasan yang sebenarnya aku tak biasa naik bas, tak lama lepas tu, aku nampak dalam cermin kat luar, the bus number is not the one that i suppose to take. Oh damn! Instead of getting off, aku duk diam je sebab bas ni rasanya lalu juga depan rumah,

After a while, everyone is gone and the bus were not moving. The driver ask me to go closer to him, "adik nak pergi mana sebenarnya ni?" , concern. The thing is, bus ni dah sampai hub dia. so aku kena turun dan ambil bas satu lagi.


"it's okay child,just follow my instructions, you'll be fine. be chill"

So I think, this is the end of my long day. Oh, my silly mind.
I took the other bus, not asking. again. but I was pretty sure that I was right. and I am right. the only problem is, the driver. He kept looking at me.


"maybe this is the girl who took the wrong bus.. ohh.. humhum"

Oh no! Adakah sudah tersebar ke semua pemandu rapid ada budak-tudung-purple salah naik bas? ignoring him, I wait and wait. sampai je dekat-dekat dengan rumah, i can't wait anymore. Another silly me. so aku kena jalan kaki sampai rumah. nasib lah dekat. dekat-dekat pon berpeluh sakan jugak.

apa pon, I'm home.

shit happens.

bye.